Sunday, 6 May 2012

Jenis-jenis Dadah


HEROIN

Berasal daripada perkataan Jerman iaitu Heroish yang bermaksud kuat. Mula digunakan di Jerman Barat pada tahun 1898 bertujuan untuk menghilangkan kesan gejala tarikan Morfin. Ekstrak lanjutan Morfin melalui proses kimia dan memberikan 20-25 kali lebih kuat dari Morfin.

Saturday, 5 May 2012

Pengenalan Dadah

Dadah ialah bahan yang digunakan untuk merawat penyakit, mengurangkan simptom atau mengubahsuai proses kimia di dalam badan untuk tujuan-tujuan tertentu. Walau bagaimanapun, bukan semua bahan yang dimakan dianggap dadah. Misalnya, makanan yang dimakan secara normal tidak dianggap sebagai dadah melainkan makanan tersebut diambil khas untuk tujuan tertentu (contohnya kafeina sebagai perangsang).

Struktur molekul Morfina

Oleh sebab perkataan 'drug' dipinjam daripada bahasa Inggeris, perkataan ini membawa banyak maksud. Perkataan 'drug' lebih banyak digunakan dalam bidang farmasi dan perubatan (ubat), manakala perkataan 'dadah' membawa imej yang lebih negatif iaitu ketagihan.