Sunday, 6 May 2012

Jenis-jenis Dadah


HEROIN

Berasal daripada perkataan Jerman iaitu Heroish yang bermaksud kuat. Mula digunakan di Jerman Barat pada tahun 1898 bertujuan untuk menghilangkan kesan gejala tarikan Morfin. Ekstrak lanjutan Morfin melalui proses kimia dan memberikan 20-25 kali lebih kuat dari Morfin.

white powder heroin

heroin jiga dikenali sebagai gear, skag, smack,
 horse atau brown


MORFIN

Sejenis alkoloid yang diperolehi dari candu mentah.

  •   Morfin mentah  
          Didapati dalam bentuk blok yang berwarna dari putih ke coklat gelap dan bertanda  '999'.   

          Mengandungi 70% - 90% morfin hidroklorid dan setelah dihancur menjadi  serbuk putih dipanggil 

          Heroin No. 1.

  •   Bes Morfin       
          Diperoleh secara langsung dari candu dan mengandungi peratus morfinnya 60% - 70%. Berbau 

          seperti candu dan berupa seperti kopi.

  •   Pil Morfin         
          Mengandungi Morfin Sulfat. Berwarna putih atau coklat pucat.
Morfin mentah, bes Morfin dan pil Morfin


CANDU

Dihasilkan daripada buah popi muda.

  • Candu mentah  :   Getah berwarna putih yang keluar hasil dari torehan buah popi muda. Ia   
                                      kemudiannya bertukar menjadi pekat dan berwarna coklat bila terdedah.
  • Candu masak   :   Candu yang dicampurkan dengan air dan dipanaskan sehingga pekat. Berwarna 
                                      coklat hitam.
  • Tahi Candu      :    Sisa bakaran atau arang candu masak yang telah dihisap.

bunga popi


GANJA

Diperoleh dari bunga dan daun pokok India Hemp (Cannabis Sativa).  Mengandungi lebih dari 400 jenis bahan kimia dan THS (Delta-9  tetra hydrocannabinol) adalah bahan proaktif utama yang mengkhayalkan. Menghisap sebatang ganja menyebabkan THC terkumpul dalam sel badan selama 7 hari dan dikeluarkan semua secara fisiologi normal dari tubuh antara 4 – 6 minggu. Menghisap ganja secara berterusan selama 1 minggu atau sebulan akan menyebabkan THC sentiasa terkumpul dalam sel badan.

Daun ganja


SYABU

Sejenis dadah yang berada dalam kumpulan stimulant. Dalam aspek perubatan, syabu didapati tidak mempunyai apa-apa kegunaan perubatan.  Syabu yang paling berkualiti berwarna putih Kristal, diikuti dengan warna putih kemerahan dan yang paling rendah kualitinya mempunyai rasa yang pahit.

Syabu atau meth


Ecstacy / MDMA

Juga dikenali sebagai MDMA iaitu 3-4-methylenedioxymethamphetamine. Kerap kali dicuba dan diguna oleh muda-mudi sebagai dadah seronok di pusat hiburan untuk menari sepanjang malam. MDMA juga adalah dadah psychoactive.

Pil ecstacy

KETAMIN

Sejenis ubat bius untuk haiwan. Ketamin juga dikenali sebagai 'K', Special K, Vitamin K dan Kit Kat. Ia terdapat dalam bentuk serbuk kristal, cecair atau pil. Kebelakang ini, ketamin semakin lazim digunakan di temasya tari-menari atau raves. 


Ketamin











No comments:

Post a Comment